Sunday 28 July 2013

PUNCA SUKAR HAMIL DAN PENYELESAIANNYA



Sudah menjadi lumrah setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti mengimpikan agar dapat menimang anak secepat mungkin. Pasti terdetik perasaan cemburu dengan rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama kini sudah bunting pelamin, sarat mengandung atau sudah menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu sedangkan diri sendiri masih berdua. Lebih tertekan apabila rakan taulan, sanak saudara mula riuh bertanya sehingga mula berbisik-bisik dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Antara penyebab biologi kesukaran untuk hamil dalam kalangan wanita ialah:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dalam kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Kegagalan mendapatkan anak yang disebabkan oleh penyebab biologi, suami isteri adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah dapat diselesaikan secara medikal. Jika pasangan suami dan isteri telah disahkan normal iaitu tiada masalah biologi, hal ini bermaksud peluang untuk mendapatkan anak adalah cerah. Namun begitu, perkara ini memerlukan kesediaan untuk mengubah cara hidup.

1. Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2. Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3. Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Gla complex - membantu menstabilkan hormon, mengecutkan cyst, mengatur semula kitar haid

Mana satu perlu diambil? 

Cadangan set kesuburan SHAKLEE

1. Vitalea
2. B-complex
3. Chewable Vita-C
4. Gla complex
5. Zinc Complex


*Vitamin dan supplimen lain akan dicadangkan mengikut keperluan anda. Hubungi saya untuk tempahan. Semua pelanggan saya akan mendapat konsultasi secara berterusan dan percuma.

https://www.facebook.com/sri.rahayu.39108
https://www.facebook.com/YusraShoppe
hp: 019-5805105

No comments:

Post a Comment