Saturday 14 June 2014

Tips Susu Ibu : Susu Perahan (EBM) Basi???

Assalamualaikum... Salam ceria...

Seperti janji dalam entri lepas, kali ni saya kongsikan pula sedikit tips cara mengenal pasti EBM yang telah rosak...


Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi kerana mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan bagi tumbesaran dan perkembangan otak bayi, mudah hadam dan sentiasa tersedia pada suhu yang tetap.
Susu ibu lebih selamat dan mengandungi semua nutrisi yang diperlukan oleh bayi yang sihat termasuk 160 asid lemak yang tidak didapati dalam susu formula. Susu ibu juga amat penting sebagai imunisasi pertama bayi. Secara keseluruhan, nutrisi-nutrisi penting ini yang diberikan ketika bayi masih kecil membantu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap perkembangan dan masa hadapan kanak-kanak.

 Susu ibu TIDAK akan basi seperti susu formula atau susu segar yang biasa kita beli di kedai tetapi BOLEH ROSAK kerana tercemar disebabkan oleh keadaan persekitaran dan pengurusan yang tidak betul. Susu ibu yang saya maksudkan dalam konteks ni ialah susu perahan.

Cara mengenal pasti yang utama susu perahan telah rosak adalah baunya yang masam. Tapi kena tahu bezakan bau susu perahan jugak ya. Biasanya bau susu perahan ni sedikit tajam dan hanyir. Bagaimana mau beza hanyir dengan masam? Kenalah selalu hidu bau susu perahan tiap kali mengepam. huhuhu
Ianya normal jika susu perahan membentuk dua lapisan setelah disejukkan. Ketumpatan lemak kurang dari air jadi lemak susu akan berkumpul di atas. Mungkin juga akan berketul tetapi tidak semestinya rosak. Mau tau basi, sila hidu dulu. 

Persekitaran bagaimana yang boleh menyebabkan susu perahan rosak?

1. Botol atau bekas yang digunakan tidak dicuci dengan bersih dan disteril.
2. Tidak mencuci tangan sebelum dan selepas memerah susu.
3. Susu perahan tidak disimpan dalam cooler bag yang dilengkapi dengan ice pack. Penting ice pack ni ya untuk mengekalkan suhu susu perahan. Perubahan suhu mungkin boleh menyebabkan berlaku pencemaran kepada susu perahan.
4. Susu ibu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk lebih daripada 1 jam tidak boleh disejukkan semula. Yang ni pada suhu chiller. Kalau freezer, sehingga susu perahan cair sepenuhnya. Biasanya kalau di rumah selalu berlaku black out lebih-lebih lagi jika dalam masa yang lama, sila periksa susu perahan di freezer anda. Jika susu cair sepenuhnya (tapi masih sejuk), boleh la guna segera. Tapi untuk dibekukan semula is 'NO NO NO'. Kalau suhu pun dah sama dengan suhu bilik, lebih baik buang sahaja sebab kemungkinan besar susu telah pun tercemar.
5. Susu ibu yang telah dipanaskan, tidak boleh disejukkan semula. Cara memanaskan susu perahan, kalau ada warmer tu ok la. Bagi yang buat cara manual, jangan sekali-kali panaskan botol yang berisi susu perahan direct di periuk atas api dapur. Air panas tu letak dalam bekas dan kemudian letak botol berisi susu perahan di dalamnya.

Paling penting, penjaga bayi anda perlu dididik dengan betul sehingga mahir mengendalikan EBM. Tidak semua penjaga tu tau cara handle EBM ya walaupun ramai anak. Berdasarkan pengalaman, ada penjaga anak yang masih memberikan baki EBM yang telah dipanaskan berkali-kali, katanya sayang dibuang sebab baby tidak mahu menyusu.

Harap sedikit tips di atas ni boleh bantu ibu-ibu di luar sana ya. Salam sayang, jumpa lagi nanti entri seterusnya.

Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my



Puan Rahayu
Shaklee Independent Distributor