Tuesday 25 June 2013

Ni set pertama yang saya ambil semasa mula-mula mengenal produk shaklee beberapa bulan yang lalu.
Suatu masa dulu, saya bukanlah orang yang PERCAYA kepada suppliment. Pandangan saya, sumber vitamin dan mineral seharusnya didapatkan melalui pemakanan sehari-hari walaupun saya sedar hampir mustahil mendapatkan 100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan hanya melalui makanan yang diambil.
Pandangan saya mula berubah apabila melihat seorang rakan sekerja yang sangat sibuk, masih boleh kekal cergas dan susu perahannya boleh mencapai 17 oz sekali perahan. Saya pula ketika itu sering berasa letih dan susu perahan semakin berkurangan.
Dipendekkan cerita, selepas menjalani satu pembedahan membuang sebelah tiub fallopio, keletihan, mengantuk, penghasilan susu yang ketara merundum, stress, cepat lupa menjadi teman hidup saya. Tiba-tiba pada suatu hari seorang rakan fb menghadiahkan saya Lecithin dan Alfalfa. Alhamdulillah, saya menyedari perubahan positif yang berlaku.
Paling ketara, saiz badan mengecil 1 saiz, susu badan mula meriah ~ (saya seorang ibu yang menyokong penuh usaha penyusuan eksklusif bayi. semasa susu merudum perkara yang paling membimbangkan saya ialah trpaksa memperkenalkan susu formula kepada ci kecil saya), daya ingatan saya semakin bertambah baik, stress dan keletihan mula berkurangan... Selepas 3 bulan ambil lecithin dan alfalfa, bulan keempat saya ambil esp, vitalea dan b complex pula... hasilnya? nanti sambung next entry....

My First Step

Alhamdulillah... akhirnya berhasil juga blog pertamaku!!! kekeke... orang lain dah tak heran pun.
Hmm... Idea menulis entri masih belum muncul lagi. Tapi sebagai pengenalan, inilah familyku nan tercinta...
Tiga putera, seorang puteri...

psstt... si kecil tu baby shaklee tau... :-D