Wednesday 4 September 2013

Tips Menambah Susu Ibu

Kali ni mau share makanan dan minuman yang saya dan kawan-kawan ambil, yang membantu menambah susu badan. Yang ni berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan ya, kesan mungkin berbeza antara individu dan di antara anak-anak. Mungkin masa anak pertama, minum ini susu memang cepat penuh, tapi bila diaplikasi pada anak kedua kurang menjadi. Jadi ibu-ibu kena rajin mencuba :-)

1. Betik muda - jadikan sup atau campur dalam sup ayam
2. Sayur-sayuran terutama sayuran hijau
3. Sup ayam / daging
4. Ikan - tidak kira la apa masakan tetapi sebaiknya yang berkuah
5. Minum horlicks - yang ni jadi minuman kegemaran saya semasa menyusukan anak pertama hingga ketiga, tetapi nampaknya tidak menjadi untuk anak keempat
6. Oat / nestum / milo
7. Longan - beli longan kering dan rebus, tambah gula batu untuk beri rasa manis
8. Susu (tentu lah!!! tapi saya tidak pandai minum susu begitu sahaja.hehehe...kena campur milo atau buat jus buah tambah susu segar)
9. Kari!!! Penggemar kari mesti suka ni. Bahan (herba?) dalam kari ada fenugreek yang membantu menambah susu ibu
10. Kurma - Makan begitu saja pun boleh. Satu lagi cara blend kurma dengan susu dan ais... slurpp.. menyegarkan...
11. Bubur kacang hijau - yang ni petua dari kawan. Saya try kurang menjadi. hahaha
12. Lobak putih
13. Nangka, cempedak dan 'tarap' (buah kebanggaan Sabah) - mana-mana jenis buah yang bergetah, biasanya dibuat sayur masak lemak. mmm yummy....
14. Bubur nasi
15. Halba - campur dalam masakan. kalau sanggup, tambah sesudu teh halba dalam segelas air (didihkan dan sejukkan) lepas tu minum. huhuhu... tapi saya selalu telan terus halba sambil minum segelas air


Setakat ni saja yang masih melekat di ingatan, nanti diupdate kalau ada tambahan. Cuma ibu-ibu perlu ingat, makan mesti kena seimbang. Masa menyusukan anak ni, tak perlulah diet-diet bagai. Cuma selalunya ibu yang menyusukan anak ni, tanpa diet pun badan pun akan kurus jugak. Satu lagi, emosi pun kena jaga. Bila ibu tertekan, pengeluaran susu badan pun akan berkurangan. Direct feeding (df) mesti kerap. Kalau ibu bkerja, pastikan pump setiap 3 jam dan buat power pumping (pp) untuk pastikan otak menerima signal supaya badan menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Satu lagi yang saya amalkan, SET PENYUSUAN SHAKLEE seperti dalam gambar :-)

No comments:

Post a Comment