Saturday 27 July 2013

Program 1 Anak 1 Baju Raya (siri II)


Sabahan Online Shop (SOS) merupakan salah satu kumpulan pengiklanan online di facebook yang kini mencecah lebih 57k ahli. Tahun lepas, atas keprihatinan dan kesedaran, admin group ini menubuhkan sebuah kumpulan amal Charity SOS untuk membantu golongan yang memerlukan. Beberapa program telah diatur seperti lawatan ke rumah anak yatim dan wad kanak-kanak di Hospital Likas. Di samping itu, dua program yang telah dilaksanakan seperti 'Back To School' - mengumpul sumbangan berupa barangan sekolah untuk anak-anak yatim (khusus Rumah Putera Harapan, Ranau dan Rumah Amal, Keningau) dan program 1 Anak 1 Baju Raya - menaja sepasang baju raya untuk anak-anak yatim RPH di samping tajaan berbuka puasa dan sumbangan duit raya. Tahun ini, sekali lagi Charity SOS membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mencari dana akhirat menerusi program 1 Anak 1 BAju Raya siri 2... Moga kegembiraan yang kita kongsikan dengan mereka dinilai sebagai ibadah dan diterima di sisiNya.

No comments:

Post a Comment