Saturday 27 July 2013

Di sebalik tabir ESP ^_^


Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Pengambilan protein sangat penting dalam membantu pembentukan sel. Tubuh manusia adalah terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu dan dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang berkualiti, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang rosak dan mati. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi and neurotransmitter.

Peranan penting protein:
* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini juga merupakan sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
1. membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
2. menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung
yang mana setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
3. kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
4. indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
5. Membekalkan tenaga
6. Ibu mengandung : Untuk kehamilan yang sihat – janin membesar dengan sihat ; mengurangkan ketidakselesaan semasa mengandung.
7. Wanita : keanjalan kulit  (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Keseimbangan
Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet kita, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my

No comments:

Post a Comment