Wednesday 20 November 2013

November yang dinanti....

Assalamualaikum wrt....

Fuh fuh... bersawang gila-gila suda blog aku ni. huhuhu... kesibukan melanda sebelum cuti sekolah berjaya mencuri perhatianku daripada menyibukkan diri mengupdate blog. Hokey, cuti suda start jadi boleh la coret-coret sikit...
Malam bersejarah ni, 1st time buat cheese cake!! (hahaha... ramai ja orang lain buat, tidak juga mau kasi announce macam aku kan...kekeke). Ada setengah jam lagi sebelum cheese cake ku boleh dilihat hasilnya...
Makan cheese cake, haruslah pasangannya Lecithin, Alfalfa dan Omegaguard tidak dilupakan yea. Teringin juga mendapatkan berat yang dolu-dolu atau setidaknya ada la ba baju dulu boleh muat balik. Lecithin bagus tu untuk emulsi lemak, jadi lemak terkumpul dan tidak diserap oleh tubuh, omegaguard kasi bakar tu lemak-lemak degil supaya cair dan alfalfa agen detox yang hebat, tolong angkut lemak-lemak semua keluar dari badan. Dalam proses kasi singkir lemak ni, penting untuk badan dapat protein yang cukup supaya badan tidak menggeleber bila lemak sudah mula mengurang. Jadi boleh la pilih antara ESP atau chinch. Kalau mau shape up sebaiknya pilih la chinch shake. Ada 3 perisa, vanilla, coklat dan caffe latte. Tapi kalau anda ibu menyusukan anak yang sedang berusaha menguruskan badan di samping mau slim, ESP terbaik untuk anda....



 Dalam gambar ni tiada pula omegaguard. Tapi ini la dia alfalfa, chinch dan lecithin.



Ok. Cukup la tu untuk entri kali ini. Esok lusa insyaallah akan update lagi.
Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my


Monday 7 October 2013

Tampil Jelita dan Awet Muda dengan Collagen Powder

Assalamualaikum wrt & salam ceria smua ^_^

Hari ni mau cerita fasal Shaklee Collagen Powder pula. Pasti ramai yang tertanya-tanya fasal collagen ni kan? Sebelum tu, jom baca dulu yang ni untuk dapatkan gambaran tentang kolagen.






Apa itu kolagen?

Kolagen adalah serat protein yang paling banyak terdapat dalam badan manusia yang menjadi  tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, kuku, ligamen, otot, tulang, sendi, tendon, mata, gusi dan saluran darah. Kolagen adalah struktur protein yang bertindak sebagai perekat antara sel. 72% dari kulit dan 80% tulang kita terdiri dari kolagen. Malah kornea mata kita juga merupakan kolagen.

Apa fungsi kolagen?

Kolagen bertindak melindungi organ kita seperti hati, perut, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan organ dalaman lain. Kolagen juga penting dalam membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit. Kehadiran kolagen dalam kulit menjadikan kulit licin dan berseri, tiada jerawat atau jeragat, jadi awet muda, merupakan ejen anti penuaan.


Punca Kekurangan Kolagen?

Kekurangan kolagen sering dikaitkan dengan pertambahan usia, namun faktor luaran seperti terdedah kepada cahaya matahari, radikal bebas di udara, air, tabiat merokok dan lain-lain juga turut mempengaruhi penyusutan kolagen dalam badan. Kekurangan antioksida seperti vitamin C dan vitamin E dalam badan turut menyumbang kepada kekurangan kolagen akibat kurang ketahanan terhadap radikal bebas.

Kesan kekurangan kolagen dalam badan?

- Kedutan, pori-pori terbuka dan garis halus kelihatan
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering


Secara amnya, kolagen juga memainkan peranan dalam kesihatan tendon. Kehilangan kolagen menjejaskan kesihatan tulang dan sendi. Sebab itu ada sesetengah individu mengalami urat belakang rasa tertarik dan sukar bergerak walaupun pulun habis minum susu kalsium tinggi 2-3 gelas sehari. Namun yang paling ketara,kesan kekurangan kolagen akan menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.


Apakah itu Shaklee Collagen Powder?
 
~mengandungi 4000mg Kolagen RSS (sisik ikan merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Manfaat Utama


1. mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut
2. menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula
3. kuku lebih kuat
4. mengurangkan parut
5. membantu menghilangkan tanda penuaan
6. baik untuk mata
7. membantu menguatkan tulang
8. TAMPAK LEBIH MUDA
9. RASA LEBIH MUDA


Jadi, yang ingin tampil awet muda, kulit anjal dan berseri secara semula jadi, jom cuba Collagen Powder. InsyaAllah pasti puas hati dengan hasilnya.



Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Thursday 3 October 2013

PROMOSI OKTOBER ~ BELI 6 PERCUMA 1 COLLAGEN POWDER

Fuyoo.... Memang bulan untuk bercantik-cantik la Oktober ni. Collagen powder Shaklee adalah antara produk yang dijamin keberkesanan dalam tempoh 8 minggu penggunaan secara konsisten. Bagi sesiapa yang pernah mencuba, pasti terpikat! Dengan harga promosi yang pastinya jauh lebih murah dari harga biasa, masa inilah yang paling sesuai untuk mencubanya. Sebelum tu tinjau-tinjau dulu apa kata pengguna Shaklee Collagen Powder. Ni testimoni mereka sendiri yea... 



















Best kan??? Ni testimoni pengguna sendiri ya. Nak cantik, bukan sahaja luaran ditepek bedak dan sebagainya, penjagaan kecantikan dari dalam pasti akan memancarkan seri wajah yang diidam-idamkan. Suami pun tambah tak jemu memandang, kan dapat pahala tu... 

psstt: Bakal pengantin yang ingin tampil jelita di hari bahagia, bolehlah cuba collagen ni. Pasti berbaloi!!!



Credit: Lin Chalo (sweetbonda.blogspot.com) 


sms/whatsapp: 019-5805105 (Sri Rahayu)
emel: yusra_hairul@yahoo.com.my
fb: https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108


Tuesday 24 September 2013

GARLIC - Antibiotik Semulajadi






 Belek-belek stok, terpandang pula garlic complex ni. Terus dapat sedikit ilham untuk menulis entri pasal garlic kali ni...

Tahun lepas saya diserang athma yang agak teruk sehingga terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik. Asalnya saya bukanlah pesakit athma yang 'kritikal' tetapi mungkin sebab cuaca yang tidak menentu, athma kali itu agak 'degil'. Saya pun rasa bosan jugak, asyik muka saya saja hari-hari di ruangan nebulizer Hospital Likas. Bila sudah tidak perlu bergantung dengan nebulizer, saya beralih angin pula kepada doktor swasta untuk mendapatkan rawatan. Seronok sikit jumpa doktor yang ni, sebab selain bagi rawatan, dia juga menerangkan dengan panjang lebar berkenaan athma. Apa punca, antara kaedah rawatan yang dicadangkan dan langkah pencegahan. Antara cadangannya ialah supaya mengambil pil garlic.

Rupanya garlic/bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi yang pastinya pilihan lebih selamat selain membantu menghalang alergi yang menyebabkan athma, hidung sensitif, sinus, selesema dan hepatitis. Sebagai antibiotik semulajadi, ia selamat digunakan untuk jangka masa panjang untuk menguatkan sistem imun badan serta menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida. 
Yang bestnya suplimen garlic keluaran shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Tidak semua pil garlic dalam pasaran ada allicin aktif ni tau. 





Garlic keluaran Shaklee juga mengandungi spearmint yang boleh membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung. Kalau ada masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman sangat digalakkan untuk mengambil pil garlic ni. Kajian menunjukkan pengambilan tablet garlic boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain boleh membantu menurunkan kolesterol. Garlic menunjukkan keberkesanan untuk menurunkan bacaan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari. Untuk masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, dicadangkan sebaiknya ambil garlic bersama omegaguard.



Garlic juga mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan akibat logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia. Menariknya garlic juga antara supplimen yang boleh mencegah dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine. Selain itu garlic juga boleh membantu menstabilkan glukos dalam tubuh.


Secara ringkas, manfaat garlic:
-antibiotik yang selamat dan semulajadi
-menghalang alergi
-mempertingkatkan sistem penghadaman
-menurunkan tekanan darah tinggi
-detoksifikasi
-menurunkan kolesterol
-mencegah kanser
-menstabilkan glukos

  


Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my