Sunday 28 July 2013

PUNCA SUKAR HAMIL DAN PENYELESAIANNYA



Sudah menjadi lumrah setiap pasangan yang baru berumah tangga pasti mengimpikan agar dapat menimang anak secepat mungkin. Pasti terdetik perasaan cemburu dengan rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama kini sudah bunting pelamin, sarat mengandung atau sudah menimang cahaya mata yang ditunggu-tunggu sedangkan diri sendiri masih berdua. Lebih tertekan apabila rakan taulan, sanak saudara mula riuh bertanya sehingga mula berbisik-bisik dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Antara penyebab biologi kesukaran untuk hamil dalam kalangan wanita ialah:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi dalam kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab-penyebab dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Kegagalan mendapatkan anak yang disebabkan oleh penyebab biologi, suami isteri adalah dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah dapat diselesaikan secara medikal. Jika pasangan suami dan isteri telah disahkan normal iaitu tiada masalah biologi, hal ini bermaksud peluang untuk mendapatkan anak adalah cerah. Namun begitu, perkara ini memerlukan kesediaan untuk mengubah cara hidup.

1. Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

2. Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

3. Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama-sama dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Gla complex - membantu menstabilkan hormon, mengecutkan cyst, mengatur semula kitar haid

Mana satu perlu diambil? 

Cadangan set kesuburan SHAKLEE

1. Vitalea
2. B-complex
3. Chewable Vita-C
4. Gla complex
5. Zinc Complex


*Vitamin dan supplimen lain akan dicadangkan mengikut keperluan anda. Hubungi saya untuk tempahan. Semua pelanggan saya akan mendapat konsultasi secara berterusan dan percuma.

https://www.facebook.com/sri.rahayu.39108
https://www.facebook.com/YusraShoppe
hp: 019-5805105

Saturday 27 July 2013

Program 1 Anak 1 Baju Raya (siri II)


Sabahan Online Shop (SOS) merupakan salah satu kumpulan pengiklanan online di facebook yang kini mencecah lebih 57k ahli. Tahun lepas, atas keprihatinan dan kesedaran, admin group ini menubuhkan sebuah kumpulan amal Charity SOS untuk membantu golongan yang memerlukan. Beberapa program telah diatur seperti lawatan ke rumah anak yatim dan wad kanak-kanak di Hospital Likas. Di samping itu, dua program yang telah dilaksanakan seperti 'Back To School' - mengumpul sumbangan berupa barangan sekolah untuk anak-anak yatim (khusus Rumah Putera Harapan, Ranau dan Rumah Amal, Keningau) dan program 1 Anak 1 Baju Raya - menaja sepasang baju raya untuk anak-anak yatim RPH di samping tajaan berbuka puasa dan sumbangan duit raya. Tahun ini, sekali lagi Charity SOS membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat yang berminat mencari dana akhirat menerusi program 1 Anak 1 BAju Raya siri 2... Moga kegembiraan yang kita kongsikan dengan mereka dinilai sebagai ibadah dan diterima di sisiNya.

Di sebalik tabir ESP ^_^


Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Pengambilan protein sangat penting dalam membantu pembentukan sel. Tubuh manusia adalah terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu dan dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. 25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang berkualiti, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang rosak dan mati. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormon, enzim, antibodi and neurotransmitter.

Peranan penting protein:
* Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
* Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
* Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
* Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
* Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini juga merupakan sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Kelebihan ESP ini ialah;
1. membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
2. menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk menyihatkan jantung
yang mana setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
3. kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
4. indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
5. Membekalkan tenaga
6. Ibu mengandung : Untuk kehamilan yang sihat – janin membesar dengan sihat ; mengurangkan ketidakselesaan semasa mengandung.
7. Wanita : keanjalan kulit  (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Keseimbangan
Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet kita, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.

Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my

Saturday 13 July 2013

GLA Complex ~ Produk Promosi Julai 2013

Produk Promosi Julai ~ GLA Complex Buy 6 free 1


Dapat tau ja produk promo bulan ni GLA, geng-geng shaklee suma melompat gembira. Antara HOT item wanita tew... Yang senggugut, dah berbulan tak period, yang alami PMS teruk, yang tengah usaha nak mengandung tapi belum sangkut, yang ada cyst, pcos dsb semua dah pakat booking siap-siap. Masa ni la beli dan simpan stok untuk sampai hujung tahun (sampai tahun depan pun bolehhh). Yalah, expired pun lambat lagi, tahun 2015... Kalau kengkawan yang selalu ambil Evening Primrose Oil (EPO) tu, ni benda yang lebih kurang serupa tapi tak sama. GLA ni bahan aktif yang terdapat dalam EPO yang wanita especially masuk umur 30-40 an yang gemar ambil tu la. Cumanya GLA shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage pula 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali berkesan berbanding EPO...

Apa tu GLA Complex Shaklee? ni saya terangkan secara saintifik (kekekeke... saintifik la sangatttt)

GLA (gamma-linolenic acid)
~ diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO
~ setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya sumber terbaik Omega-6
~ digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya

Manfaat Utama
~ merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
~ GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
~ melambatkan menopaus
~ memperbaiki prostatomegaly
~ menentang kanser
~ memperbaiki imflamasi kulit
~ menghalang komplikasi diabetes
~ menghalang tekanan darah tinggi
~ memperbaiki tekstur rambut
~ dibuktikan secara klinikal bahawa GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.


GLA bukan sahaja untuk wanita
Ramai orang salah anggap GLA hanya untuk wanita. Sebenarnya GLA sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi daripada makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga selepas menopaus & andropause (menopaus lelaki).



Thursday 11 July 2013

Ramadhan...

Fuh fuh... (tiup-tiup blog yang sudah start bersawang ni...kekeke)

Assalamualaikum wrt semua... Apa khabar? apa khabar iman, puasa kita? Hari ni masuk 3 ramadhan puasa. baru berkesempatan mengupdate. beberapa hari busy menyelesaikan tugas harian.

Hari ni mau share fasal bonus shaklee. Alhamdulillah, bonus sudah masuk!!! Lebih mengharukan bertambah hampir 2x ganda banding sebelum ini. Memang happy betul la. Sebelum ni memang saya ragu-ragu pasal shaklee. join berbulan-berbulan, saya lebih banyak masa membaca testimoni orang, baca kejayaan orang sampai berfikir... Sampai bila mau tengok orang lain saja berjaya? Kenapa aku masih berada di takuk lama ni? Rasanya sama-sama ja daftar jadi ahli dulu tapi income kawan tu sudah mencecah 4 angka...

Buang rasa rendah diri... opkos la, kena senarai dulu kelemahan sebab apa tidak boleh berjaya.
1. malas share
2. kawan fb tak ramai
3. sendiri tak cuba produk yang dijual, macam mana mau jual kan?
4. berat mulut mau cerita dengan kawan-kawan fasal kebaikan produk shaklee
5........

Banyak lagi kelemahan yang menjadi penghalang TAPI saya belajar sesuatu. kenal pasti kelemahan untuk mengatasinya, bukan menjadikannya alasan untuk tidak mencuba. Ya MENCUBA tu penting... So step by step saya selesaikan 'masalah' tu...

Saya masih bertatih...ingin terus berjalan dan berlari mengejar bintang yang saya idam-idamkan. Mungkin perjalanan saya tidak selancar orang lain, tidak secepat orang lain, tapi semangat saya tidak boleh kurang berbanding orang lain. Saya pasti ada hikmah di sebalik semua ini... Moga kemanisannya akan kurasai jua....

Tuesday 2 July 2013

Pesta Pantun Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013






21-24 Jun lalu saya bertugas sebagai hakim Pesta Pantun Sekolah Rendah peringkat kebangsaan yang berlangsung di SK Bandar Baru Darulaman dan Institut Aminuddin Baki di Jitra, Kedah. Ini pengalaman ketiga menjadi hakim pantun kebangsaan; 2009 di Negeri Sembilan, 2010 di Sintok Kedah dan kali ni juga di Kedah. Bezanya kali ni kali pertama pantun sekolah rendah diperkenalkan. Teruja melihat kehebatan anak-anak cilik berpantun :-)
Pemantun dan guru pengiring ditempatkan di Darulaman Suites sementara para hakim di Institut Aminudin Baki. Masa agak terhad namun masih sempat mengintai-ngintai pekan Jitra dan berkesempatan mengunjungi Pekan Rabu, Muzium Padi dan Menara Alor Setar. 

Belum sempat memindahkan gambar ke laptop. Gambar lain akan diupload bila berkesempatan nanti :-)