Ni set pertama yang saya ambil semasa mula-mula mengenal produk shaklee beberapa bulan yang lalu.
Suatu
masa dulu, saya bukanlah orang yang PERCAYA kepada suppliment.
Pandangan saya, sumber vitamin dan mineral seharusnya didapatkan melalui
pemakanan sehari-hari walaupun saya sedar hampir mustahil mendapatkan
100% vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan hanya melalui
makanan yang diambil.
Pandangan saya mula berubah apabila melihat
seorang rakan sekerja yang sangat sibuk, masih boleh kekal cergas dan
susu perahannya boleh mencapai 17 oz sekali perahan. Saya pula ketika
itu sering berasa letih dan susu perahan semakin berkurangan.
Dipendekkan
cerita, selepas menjalani satu pembedahan membuang sebelah tiub
fallopio, keletihan, mengantuk, penghasilan susu yang ketara merundum,
stress, cepat lupa menjadi teman hidup saya. Tiba-tiba pada suatu hari
seorang rakan fb menghadiahkan saya Lecithin dan Alfalfa. Alhamdulillah,
saya menyedari perubahan positif yang berlaku.
Paling ketara, saiz
badan mengecil 1 saiz, susu badan mula meriah ~ (saya seorang ibu yang
menyokong penuh usaha penyusuan eksklusif bayi. semasa susu merudum
perkara yang paling membimbangkan saya ialah trpaksa memperkenalkan susu
formula kepada ci kecil saya), daya ingatan saya semakin bertambah
baik, stress dan keletihan mula berkurangan... Selepas 3 bulan ambil
lecithin dan alfalfa, bulan keempat saya ambil esp, vitalea dan b
complex pula... hasilnya? nanti sambung next entry....
No comments:
Post a Comment