Tuesday 24 September 2013

GARLIC - Antibiotik Semulajadi






 Belek-belek stok, terpandang pula garlic complex ni. Terus dapat sedikit ilham untuk menulis entri pasal garlic kali ni...

Tahun lepas saya diserang athma yang agak teruk sehingga terpaksa berulang alik ke hospital dan klinik. Asalnya saya bukanlah pesakit athma yang 'kritikal' tetapi mungkin sebab cuaca yang tidak menentu, athma kali itu agak 'degil'. Saya pun rasa bosan jugak, asyik muka saya saja hari-hari di ruangan nebulizer Hospital Likas. Bila sudah tidak perlu bergantung dengan nebulizer, saya beralih angin pula kepada doktor swasta untuk mendapatkan rawatan. Seronok sikit jumpa doktor yang ni, sebab selain bagi rawatan, dia juga menerangkan dengan panjang lebar berkenaan athma. Apa punca, antara kaedah rawatan yang dicadangkan dan langkah pencegahan. Antara cadangannya ialah supaya mengambil pil garlic.

Rupanya garlic/bawang putih terkenal sebagai antibiotik semulajadi yang pastinya pilihan lebih selamat selain membantu menghalang alergi yang menyebabkan athma, hidung sensitif, sinus, selesema dan hepatitis. Sebagai antibiotik semulajadi, ia selamat digunakan untuk jangka masa panjang untuk menguatkan sistem imun badan serta menghalang penyakit berjangkit seperti selesema, kulat, kuman, virus dan yis candida. 
Yang bestnya suplimen garlic keluaran shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Tidak semua pil garlic dalam pasaran ada allicin aktif ni tau. 





Garlic keluaran Shaklee juga mengandungi spearmint yang boleh membantu mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung. Kalau ada masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman sangat digalakkan untuk mengambil pil garlic ni. Kajian menunjukkan pengambilan tablet garlic boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi selain boleh membantu menurunkan kolesterol. Garlic menunjukkan keberkesanan untuk menurunkan bacaan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan pembekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok serta penyakit koronari. Untuk masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol, dicadangkan sebaiknya ambil garlic bersama omegaguard.



Garlic juga mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan akibat logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia. Menariknya garlic juga antara supplimen yang boleh mencegah dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine. Selain itu garlic juga boleh membantu menstabilkan glukos dalam tubuh.


Secara ringkas, manfaat garlic:
-antibiotik yang selamat dan semulajadi
-menghalang alergi
-mempertingkatkan sistem penghadaman
-menurunkan tekanan darah tinggi
-detoksifikasi
-menurunkan kolesterol
-mencegah kanser
-menstabilkan glukos

  


Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my
 

Tuesday 17 September 2013

Get Clean® Water Pitcher





Entri kali ini mau perkenalkan salah satu produk penapis air Shaklee, Get Clean® Water Pitcher. Biasanya penapis air ni melekat ja setempat, yang ni versi mobile punya. So boleh la bawa travel. Di bahagian atas jag tu ada penunjuk aras bila blok karbonnya ni perlu ditukar.



MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik
• Ringan dan mudah dibawa
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM:
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


B.E.S.T.K.A.N? Berminat boleh la hubungi saya di 019-5805105 (sms/whatsapp preffered).


Sumber:  http://shaklee.com.my/bm/prodview_home.asp?prodcode=52114

Sunday 15 September 2013

Penyakit Talasemia dan Supplimen Shaklee...

Minggu lalu, seorang rakan bertanya kepada saya, supplimen shaklee mana yang sesuai untuk pesakit talasemia. Yang saya pasti, vitalea dan alfalfa MESTI DIELAKKAN.

Sebelum mencadangkan vitamin dan supplimen yang sesuai,saya kira sangat penting untuk kita memahami apakah itu talasemia.

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun. Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.

Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.


Terdapat dua jenis Talasemia iaitu: 
  • Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.

Tanda dan gejala penyakit Talasemia 
  • Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
  • Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).

Rawatan penyakit Talasemia 
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan.
  • Transfusi darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.

Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Oleh yang demikian, penggambilan Vitalea Iron Formula Shaklee dan Alfalfa tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia. Namun supplemen yang harus diambil adalah Vitamin B complex. Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah. Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah. Ostematrix (lengkap dgn Magnesium dan vitamin D) juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga.Selain dari ini, Energizing Soy Protein (ESP) juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.

Konklusinya, sebelum mengambil sesuatu supplimen, sangat penting untuk mengetahui tahap kesihatan diri, tujuan pengambilan dan dos yang sesuai. Pastikan anda mendapat nasihat dan panduan secukupnya daripada distributor anda tentang supplimen yang anda pilih. 

Sumber: http://vitkesihatan.blogspot.com/2013/05/penyakit-talasemia-dan-vitamin-shaklee.html



Ada pertanyaan? Yang ada facebook boleh la klik link ni ya untuk menghantar mesej anda
https://www.facebook.com/messages/sri.rahayu.39108

atau boleh emel saya yusra_hairul@yahoo.com.my
 

Tuesday 10 September 2013

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX

B-Kompleks merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Sangat terkenal sebagai vitamin penenang (anti-stress) namun fungsi utamanya adalah untuk membantu dalam pengeluaran tenaga. Vitamin b-kompleks juga penting kepada ibu mengandung untuk mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang. 

Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)

2. B2 (riboflovin)

3. B3 (niacin)

4. B5

5. B6 (pyridoxine)

6. B12 (cobalamine)

7. Acid folic

8. Asid panthothenic

9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, sembelit, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2. Mengelakkan penyakit beri-beri.

3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6. Mencegah stress.

7. Menguatkan antibodi tubuh.

8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Wednesday 4 September 2013

Tips Menambah Susu Ibu

Kali ni mau share makanan dan minuman yang saya dan kawan-kawan ambil, yang membantu menambah susu badan. Yang ni berdasarkan pengalaman saya dan kawan-kawan ya, kesan mungkin berbeza antara individu dan di antara anak-anak. Mungkin masa anak pertama, minum ini susu memang cepat penuh, tapi bila diaplikasi pada anak kedua kurang menjadi. Jadi ibu-ibu kena rajin mencuba :-)

1. Betik muda - jadikan sup atau campur dalam sup ayam
2. Sayur-sayuran terutama sayuran hijau
3. Sup ayam / daging
4. Ikan - tidak kira la apa masakan tetapi sebaiknya yang berkuah
5. Minum horlicks - yang ni jadi minuman kegemaran saya semasa menyusukan anak pertama hingga ketiga, tetapi nampaknya tidak menjadi untuk anak keempat
6. Oat / nestum / milo
7. Longan - beli longan kering dan rebus, tambah gula batu untuk beri rasa manis
8. Susu (tentu lah!!! tapi saya tidak pandai minum susu begitu sahaja.hehehe...kena campur milo atau buat jus buah tambah susu segar)
9. Kari!!! Penggemar kari mesti suka ni. Bahan (herba?) dalam kari ada fenugreek yang membantu menambah susu ibu
10. Kurma - Makan begitu saja pun boleh. Satu lagi cara blend kurma dengan susu dan ais... slurpp.. menyegarkan...
11. Bubur kacang hijau - yang ni petua dari kawan. Saya try kurang menjadi. hahaha
12. Lobak putih
13. Nangka, cempedak dan 'tarap' (buah kebanggaan Sabah) - mana-mana jenis buah yang bergetah, biasanya dibuat sayur masak lemak. mmm yummy....
14. Bubur nasi
15. Halba - campur dalam masakan. kalau sanggup, tambah sesudu teh halba dalam segelas air (didihkan dan sejukkan) lepas tu minum. huhuhu... tapi saya selalu telan terus halba sambil minum segelas air


Setakat ni saja yang masih melekat di ingatan, nanti diupdate kalau ada tambahan. Cuma ibu-ibu perlu ingat, makan mesti kena seimbang. Masa menyusukan anak ni, tak perlulah diet-diet bagai. Cuma selalunya ibu yang menyusukan anak ni, tanpa diet pun badan pun akan kurus jugak. Satu lagi, emosi pun kena jaga. Bila ibu tertekan, pengeluaran susu badan pun akan berkurangan. Direct feeding (df) mesti kerap. Kalau ibu bkerja, pastikan pump setiap 3 jam dan buat power pumping (pp) untuk pastikan otak menerima signal supaya badan menghasilkan susu dengan lebih banyak.

Satu lagi yang saya amalkan, SET PENYUSUAN SHAKLEE seperti dalam gambar :-)